Friday 18 January 2013

'Stimming' -- Can i just do it?

Jom kita tengok video-video di bawah ini.





Video-video di atas adalah beberapa contoh 'STIMMING' yang di lakukan oleh kanak-kanak autisme.

Di dalam pengalaman kita melalui hidup harian pernah tak kita melihat kelakuan ini oleh orang dewasa ?

1- Kaki digoyang-goyang tidak henti
2-Pen di pusing-pusing aau dihentak2 perlahan di atas meja
3-Rambut di main-main lingkar di jari
4- Kuku di gigit-gigit

Mungkin diri kita sendiri pernah mengalami keadaan-keadaan ini. Apabila kita melihat keadaan-keadaan di atas,adakah kita rasa ianya satu kepelikkan?  Saya rasa ramai yang pernah melihat atau mengalaminya dan tidak lansung pun 'BOTHER' tentang kelakuan itu KECUALI jika ianya benar-benar mengganggu persekitaran.

Mengapa anda melakukan perbuatan ini?atau mengapa anda rasa individu itu melakukan perkara-perkara di atas? Mungkin banyak yang boleh menjawabnya --- yerp ini adalah kerana kelakuan luar kawal ini berlaku jika berlaku sesuatu keadaan yang melibatkan perasaan pada individu tersebut -- nervous, anxious, boring, angry....

Adakah anda tahu kelakuan-kelakuan ini juga ada antara jenis-jenis STIMMING? Adakah anda sedar yang setiap hari anda sendiri atau rakan-rakan kerja/ atau jiran/ atau keluarga anda melakukan STIMMING?:)

JIKA ikut ISTILAH GOOGLE atau BUKU TEKNIKAL -- apakah STIMMING? :)

Menurut wiki istilah STIMMING dikaitkan dengan kelakuan atau pergerakkan yang dilakukan berulang-ulang selalunya tanpa kesedaran atau luar kawal bertujuan untuk men 'stimulasi' kan diri sendiri, sekiranya berlaku 'sensory overload'.

Stimulasi diri....... Sensory Overload -----

Saya pasti setiap orang punya cara sendiri untuk menstimulasi kan diri atau lebih senang kalau saya kata--men 'destress' kan diri :) Bagi kita yang tahu bagaimana untuk menenangkan diri kita bila diri tertekan, pasti akan merasa senang dan kelakuan yang kita lakukan tidak akan mengganggu orang lain. 

Bagi kanak-kanak bukan autisme -- sebagai lahirian manusia, mereka juga punya cara untuk ---stimulasi diri-- mungkin dengan cara 'meluahkan apa yang mereka rasa pada rakan, atau pada kedua ibu bapa, atau pada adik beradik-- mungkin mereka boleh melakukan dengan bermain video games, melukis atau pelbagai cara yang tidak mengganggu persekitaran.

Tetapi bagaimana dengan anak-anak autisme? bagaimana mereka hendak men 'stimulasi' kan diri mereka jika mereka sendiri tidak tahu cara untuk melahirkan perasaan - perasan itu??

Oleh kerana ini lah -- banyak pakar berpendapat --'STIMMING' berlaku untuk 'merelaks' kan dan memberi ketenangan pada anak-anak autisme di kala mereka berada di dalam 'sensory overload'.

Apa dia 'sensory overload' -- 'Sensory Overload' ni berlaku pada austistic individual apabila mereka terlalu terdedah pada deria-deria ransangan yang terlalu banyak atau berlebihan.chnya : di kawasan yang terlalu bising, bersentuhan dengan ramai orang di kawasan awam, bau yang kuat, rasa yang kuat, perasaan yang tidak dapat diawal seperti gembira, marah, sedih, takut, dan sebagainya.

Kebiasaan kelakuan STIMMING adalah:

 'body rocking', 'hand flapping', 'Knee bobbing', 'Fingertapping atau drumming', 'Nail or Finger Biting', 'Making Funny Noises', 'Facial Tics/ expression', Different type of singing or babbling'.

Kebanyakkan ibu bapa akan merasa risau bila melihat anak mereka ' STIMMING' kerana perbuatan ini akan menampakkan 'kepelikkan' anak itu, sekaligus akan menjadi bahan perhatian orang lain.

 Tetapi sebenarnya perbuat ini adalah HARMLESS, dan ianya adalah satu cara untuk mereka 'memenangkan' dan 'menggembirakan' mereka. 

Kalau di UK ni, pakar psikologi dan psychiatric TIDAK MENGGALAKKAN ibu bapa atau tenaga pengajar MEMBERHENTIKAN STIMMING, kerana ditakuti akan membawa kepada kelakuan yang lebih memudaratkan--seperti mencederakan diri sendiri, atau menghantuk kepala, atau juga tantrum yang menjadi-jadi akan berlaku. Kesan-kesan ini adalah kerana kita telah menyekat 'saluran' untuk mereka menenangkan diri mereka.

Senang begini -- cuba IMAGINE --jika kita stress dan kita ingin duduk diam di dalam bilik, mandi ataupun kita nak keluar 'window shopping' atau kita hendak tengok TV. Apakah yg kita rasa, jika aktivviti-aktiviti de-stress kita DISEKAT? Jika kita rasa gembira --- kita ketawa dan kita mahu bercerita dengan seseorang tentang kegembiraan kita, TETAPI apakah yg kita rasa bila seseorang itu memarahi kita,ataupun menyekat kegembiraan kita?

Perasaan itu lah juga yang dirasai oleh anak-anak autisme ini.

Namun sebaliknya mereka mencadangkan agar kita gunakan GENTLE APPROACH untuk meminimasikan STIMMING.

1. Mengalih Fokus - Ibu bapa boleh mengalihkan kelakuan mereka kepada aktiviti-aktiviti lain, atau mengalih fokus pada perkara lain. 

Contohnya, 

kalau anak itu suka hand flapping bila gembira,perlahan-lahan pegang tangan die dengan tangan kita, bagai bersalam, urut perlahan-lahan tangan dia, dan perlahan-lahan katakan pada die 'SLOWLY DEAR. SLOW FLAP OK.'..
Approach di sini adalah kita tidak cuba untuk menyekat perbuatannya, tetapi kita cuba mengurangkan kelakuan itu.

atau mungkin beri kan anak itu sesuatu benda untuk dia pegang, atau segera alihkan pandangannya pada aktiviti-aktivit lain yang berhampiran, contoh tunjuk gambar di dalam buku, sambil pegang tangannya perlahan, seperti kita ingin mengurut sahaja tangannya. Secara tidka lansung, kita mengalihkan pandanggannya dan meminimakan 'STIMMING'.

Jika anak itu suka body rocking. Pegang badannya, perlahan-lahan, dan meminiman kan kelajuannya ketika die sedang 'rocking' itu. Jangan tiba-tba hentikan perbuatannya, kerana pasti dia kana marah, atau menangis. kesian :(. 

Jika ia gemar 'humming' atau membuat bunyi-bunyi' yang kurang elok didengar -- mungkin kita boleh pergi di hadapan dia -- MAKE SURE die melihat kita (kerana selalunya apabila mereka STIMMING mereka akan 'terdisconnect' dari dunia sekitar :)) ---dan beritahu die,"u can sing but using a very small voice". Mungkin dia tidak akan buat serta merta, tetapi setiap kali die mengeluakna bunyi, kita ingatkan 'SMALL VOICE'..'SMALL VOICE'..lama-kelamaan die akan dapat mengawal aktivitinya.

2. Meniru --- ada juga cadangan dari pakar, supaya ibu bapa meniru perbuatan anak-anak ini, supaya mereka tahu kita turut sama memahami apa yang dia rasa. 

3. Meng 'ALLOCATE' kan tempat --- Ibu bapa boleh menerangkan bahawa anak itu hanya boleh melakukan STIMMING di tempat-tempat yang dibenarkan. Jika tempat itu di rumah tetamu ataupun di depan tetamu, aktiviti itu tidak dibenarkan. Cadangan ke-3 ini agak sukar dilakukan,kerana ia perlukan disiplin dan kesabaran yang tinggi dari ibu bapa sebagaimana kita mengajar anak 'POTTY TRAINING' :). 
Tapi ada ramai ibu bapa yang berjaya. 

Dan ketika saya menghadiri satu workshop autism, ada seorang remaja autism 17 tahun yang turut serta di dalam workshop itu, menceritakan bagaimana ibunya, membelikan padanya 'ROCKING CHAIR' dan diletakkan di dalam bilik tidur nya, untuk dia STIMMING. Jadi setiap kali die rasa 'OVERLOAD' dia akan rocking di biliknya untuk beberapa lama dan kedua ibu banya tidak akan menggangu dia. Sebaliknya jika 'body rocking' berlaku di luar bilik tidurnya, atau di rumah oranag lain, ibu bapanya, hanya lah memeluk bahunya, perlahan-lahan menepuk bahunya, untuk mengingatkan dia bahawasanya die tidak sepatunya STIMMING di tempat itu.

4. Rakaman - Boleh video kelakuan anak itu, bagi anak-anak yang agak memahami. Tujuan nya untuk ibu bapa 'VISUALISE' kan perbuatan itu kepada mereka, kerana mereka tidak semestinya sedar mereka melakukan perbuatan itu. Perjelaskan pada mereka, jika STIMMING berlaku, apa aksi yang ibubapa harus lakukan pada mereka. Nyatakan juga, yang kita sebagai ibu bapa memahami kenapa mereka melakukan STIMMING.

5. Diet Pemakanan- Pengamalan diet GFCF yang dikatakan mengurangkan STIMMING.  Penyelidikan ada mendapati bahawa sistem penghadaman kanak-kanak autisme kurang upaya untuk menghadam protein di dalam bentuk glutein dan casein. Protein yang tidak dihadam ini lah yang dipercaai akan merosakkan neurologi dan mengaruh kepada berlakunya kelakaun-kelakuan autistik. Namun banyak pakar yang masih berdebat tentang topik ini kerana bukan semua pengamal GFCF dapat mengurangkan simptom autistik.

STIMMING boleh COME and GO. 

Jika ibu bapa boleh betul-betul faham apa yang saya terangkan di atas, meraka akan dapat tahu kenapa scenerio ini boleh terjadi. Ini adalah kerana 'SENSORY OVERLOAD' boleh berlaku bila-bila masa sahaja pada anak-anak autisma kita. Dan perasaan yang sudah ada di dalam diri mereka itu memang wujud.

Jangan sedih dan risau bila saya katakan phrase 'come and go'. Jangan jadikan ia nya suatu issue, jika ia bukan memudaratkan.  Ibu bapa harus faham ia adalah suatu kelakuan yang boleh 'dimanage' sebagaimananya juga 'BEHAVIOUR'. Jika kita sudah berada di dalam 'Territory' pengawalan maka kita sebagai ibu bapa akan lebih tenang. Hanya jika lihat STIMMING itu 'OUT OF CONTROL' -- membahayakan dirinya atau persekitarannya -- maka pakar harus dirujuk.

Jika lebih jelas lagi saya gambarkan 'SENSORY OVERLOAD' berlaku setiap masa pada mereka-- 
 -- mungkin selepas mereka demam, atau selepas mereka mengalami apa-apa perubahan di dalam hidup mereka--'change of routine--perpindahan sekolah baru --bertukar guru--bertukar rakan--bertukar SLT/ OT --even bertukar makanan ataupun memperolehi BAJU baru --mungkin  bau baju dari supermarket itu mengaruhkan kelakuan STIMMING, ataupun terlalu gembira atau terlalu sedih.

Yang penting kita sebagai ibu bapa bertindak untuk membantu mereka untuk mereka dapat 'MENGAWAL' STIMMING mereka, dapat 'MEMINIMA' kan kelakuan itu. Dengan cara memarahi mereka, atau memberhentikan tindakan itu serta merta tidka akan membantu apa-apa sebaliknya kelakuan lain yang mungkin lebih mencabar akan berlaku.

Jadi 'mengawal' dan 'meminima' adalah 2 KEYWORDS untuk menangani STIMMING :)

Kepada orang-orang persekitaran kita yang terlihat dan agak kurang faham dengan reaksi STIMMING anak kita ---- kita boleh treangkan dengan cara paling mudah ---- " ANAK autisme punya cara tersendiri yang unik untuk meluahkan apa yang mereka rasa hasil dari tindakbalas persekitaran atau keadaan yang mereka lalui'. Mereka tidak dapat meluahkan apa yang terbuku diperasaan mereka melalui perkataan -- maka mereka membuat laku-laku UNIK :)'





Sesungguhnya mereka adalah anak-anak unik :) Setiap dari mereka adalah umpama 
'BUKU' untuk kita mempelajari suatu ILMU baru di dalam alam ciptaan ALLAH swt. Jika kita perhatikan hadirnya mereka di dalam hidup kita, sudah berapa banyak ilmu yang belum kita terokai dahulu, telah kita terokai. 

Setiap kelakuan mereka, adalah unik -- dan penyelesaian bukan dengan kemarahan dan 'STRESS' :) Insya ALLAH Allah swt akan kurniakan kesabaran kepada semua ibu-bapa anak istimewa ini :)






5 comments:

  1. informasi yang amat2 berguna..thank you for sharing....hehe tak sangka habbit nida suka goyang2 kaki sambil duduk tu ghupanya stimming...

    ReplyDelete
  2. Salam...mcm mn pula dgn head banging...adakah termasuk dlm kategori stimming? Anak sy 6thn masih hantuk kepala bila marah @ tiada sbb tertentu..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak ton

      yer betul, head banging pun adalah salah satu jenis stimming. Cuba slowly divert die dr menghantuk kepala ke dinding, kerana hantuk kepala boleh mengakibatkan kecederaaan, maybe kak ton boleh tennagkan die, dengan cuba massage tangan die,untuk meredakan die ketika die tengah marah. Jika kak ton makin memarahi die, itu tidak boleh menyelesaikan masalah, because die tidak akan faham kenapa kak ton cuba menghalang die. Harap ini membantu :)

      Delete