Friday, 18 January 2013

'Stimming' -- Can i just do it?

Jom kita tengok video-video di bawah ini.





Video-video di atas adalah beberapa contoh 'STIMMING' yang di lakukan oleh kanak-kanak autisme.

Di dalam pengalaman kita melalui hidup harian pernah tak kita melihat kelakuan ini oleh orang dewasa ?

1- Kaki digoyang-goyang tidak henti
2-Pen di pusing-pusing aau dihentak2 perlahan di atas meja
3-Rambut di main-main lingkar di jari
4- Kuku di gigit-gigit

Mungkin diri kita sendiri pernah mengalami keadaan-keadaan ini. Apabila kita melihat keadaan-keadaan di atas,adakah kita rasa ianya satu kepelikkan?  Saya rasa ramai yang pernah melihat atau mengalaminya dan tidak lansung pun 'BOTHER' tentang kelakuan itu KECUALI jika ianya benar-benar mengganggu persekitaran.

Mengapa anda melakukan perbuatan ini?atau mengapa anda rasa individu itu melakukan perkara-perkara di atas? Mungkin banyak yang boleh menjawabnya --- yerp ini adalah kerana kelakuan luar kawal ini berlaku jika berlaku sesuatu keadaan yang melibatkan perasaan pada individu tersebut -- nervous, anxious, boring, angry....

Adakah anda tahu kelakuan-kelakuan ini juga ada antara jenis-jenis STIMMING? Adakah anda sedar yang setiap hari anda sendiri atau rakan-rakan kerja/ atau jiran/ atau keluarga anda melakukan STIMMING?:)

JIKA ikut ISTILAH GOOGLE atau BUKU TEKNIKAL -- apakah STIMMING? :)

Menurut wiki istilah STIMMING dikaitkan dengan kelakuan atau pergerakkan yang dilakukan berulang-ulang selalunya tanpa kesedaran atau luar kawal bertujuan untuk men 'stimulasi' kan diri sendiri, sekiranya berlaku 'sensory overload'.

Stimulasi diri....... Sensory Overload -----

Saya pasti setiap orang punya cara sendiri untuk menstimulasi kan diri atau lebih senang kalau saya kata--men 'destress' kan diri :) Bagi kita yang tahu bagaimana untuk menenangkan diri kita bila diri tertekan, pasti akan merasa senang dan kelakuan yang kita lakukan tidak akan mengganggu orang lain. 

Bagi kanak-kanak bukan autisme -- sebagai lahirian manusia, mereka juga punya cara untuk ---stimulasi diri-- mungkin dengan cara 'meluahkan apa yang mereka rasa pada rakan, atau pada kedua ibu bapa, atau pada adik beradik-- mungkin mereka boleh melakukan dengan bermain video games, melukis atau pelbagai cara yang tidak mengganggu persekitaran.

Tetapi bagaimana dengan anak-anak autisme? bagaimana mereka hendak men 'stimulasi' kan diri mereka jika mereka sendiri tidak tahu cara untuk melahirkan perasaan - perasan itu??

Oleh kerana ini lah -- banyak pakar berpendapat --'STIMMING' berlaku untuk 'merelaks' kan dan memberi ketenangan pada anak-anak autisme di kala mereka berada di dalam 'sensory overload'.

Apa dia 'sensory overload' -- 'Sensory Overload' ni berlaku pada austistic individual apabila mereka terlalu terdedah pada deria-deria ransangan yang terlalu banyak atau berlebihan.chnya : di kawasan yang terlalu bising, bersentuhan dengan ramai orang di kawasan awam, bau yang kuat, rasa yang kuat, perasaan yang tidak dapat diawal seperti gembira, marah, sedih, takut, dan sebagainya.

Kebiasaan kelakuan STIMMING adalah:

 'body rocking', 'hand flapping', 'Knee bobbing', 'Fingertapping atau drumming', 'Nail or Finger Biting', 'Making Funny Noises', 'Facial Tics/ expression', Different type of singing or babbling'.

Kebanyakkan ibu bapa akan merasa risau bila melihat anak mereka ' STIMMING' kerana perbuatan ini akan menampakkan 'kepelikkan' anak itu, sekaligus akan menjadi bahan perhatian orang lain.

 Tetapi sebenarnya perbuat ini adalah HARMLESS, dan ianya adalah satu cara untuk mereka 'memenangkan' dan 'menggembirakan' mereka. 

Kalau di UK ni, pakar psikologi dan psychiatric TIDAK MENGGALAKKAN ibu bapa atau tenaga pengajar MEMBERHENTIKAN STIMMING, kerana ditakuti akan membawa kepada kelakuan yang lebih memudaratkan--seperti mencederakan diri sendiri, atau menghantuk kepala, atau juga tantrum yang menjadi-jadi akan berlaku. Kesan-kesan ini adalah kerana kita telah menyekat 'saluran' untuk mereka menenangkan diri mereka.

Senang begini -- cuba IMAGINE --jika kita stress dan kita ingin duduk diam di dalam bilik, mandi ataupun kita nak keluar 'window shopping' atau kita hendak tengok TV. Apakah yg kita rasa, jika aktivviti-aktiviti de-stress kita DISEKAT? Jika kita rasa gembira --- kita ketawa dan kita mahu bercerita dengan seseorang tentang kegembiraan kita, TETAPI apakah yg kita rasa bila seseorang itu memarahi kita,ataupun menyekat kegembiraan kita?

Perasaan itu lah juga yang dirasai oleh anak-anak autisme ini.

Namun sebaliknya mereka mencadangkan agar kita gunakan GENTLE APPROACH untuk meminimasikan STIMMING.

1. Mengalih Fokus - Ibu bapa boleh mengalihkan kelakuan mereka kepada aktiviti-aktiviti lain, atau mengalih fokus pada perkara lain. 

Contohnya, 

kalau anak itu suka hand flapping bila gembira,perlahan-lahan pegang tangan die dengan tangan kita, bagai bersalam, urut perlahan-lahan tangan dia, dan perlahan-lahan katakan pada die 'SLOWLY DEAR. SLOW FLAP OK.'..
Approach di sini adalah kita tidak cuba untuk menyekat perbuatannya, tetapi kita cuba mengurangkan kelakuan itu.

atau mungkin beri kan anak itu sesuatu benda untuk dia pegang, atau segera alihkan pandangannya pada aktiviti-aktivit lain yang berhampiran, contoh tunjuk gambar di dalam buku, sambil pegang tangannya perlahan, seperti kita ingin mengurut sahaja tangannya. Secara tidka lansung, kita mengalihkan pandanggannya dan meminimakan 'STIMMING'.

Jika anak itu suka body rocking. Pegang badannya, perlahan-lahan, dan meminiman kan kelajuannya ketika die sedang 'rocking' itu. Jangan tiba-tba hentikan perbuatannya, kerana pasti dia kana marah, atau menangis. kesian :(. 

Jika ia gemar 'humming' atau membuat bunyi-bunyi' yang kurang elok didengar -- mungkin kita boleh pergi di hadapan dia -- MAKE SURE die melihat kita (kerana selalunya apabila mereka STIMMING mereka akan 'terdisconnect' dari dunia sekitar :)) ---dan beritahu die,"u can sing but using a very small voice". Mungkin dia tidak akan buat serta merta, tetapi setiap kali die mengeluakna bunyi, kita ingatkan 'SMALL VOICE'..'SMALL VOICE'..lama-kelamaan die akan dapat mengawal aktivitinya.

2. Meniru --- ada juga cadangan dari pakar, supaya ibu bapa meniru perbuatan anak-anak ini, supaya mereka tahu kita turut sama memahami apa yang dia rasa. 

3. Meng 'ALLOCATE' kan tempat --- Ibu bapa boleh menerangkan bahawa anak itu hanya boleh melakukan STIMMING di tempat-tempat yang dibenarkan. Jika tempat itu di rumah tetamu ataupun di depan tetamu, aktiviti itu tidak dibenarkan. Cadangan ke-3 ini agak sukar dilakukan,kerana ia perlukan disiplin dan kesabaran yang tinggi dari ibu bapa sebagaimana kita mengajar anak 'POTTY TRAINING' :). 
Tapi ada ramai ibu bapa yang berjaya. 

Dan ketika saya menghadiri satu workshop autism, ada seorang remaja autism 17 tahun yang turut serta di dalam workshop itu, menceritakan bagaimana ibunya, membelikan padanya 'ROCKING CHAIR' dan diletakkan di dalam bilik tidur nya, untuk dia STIMMING. Jadi setiap kali die rasa 'OVERLOAD' dia akan rocking di biliknya untuk beberapa lama dan kedua ibu banya tidak akan menggangu dia. Sebaliknya jika 'body rocking' berlaku di luar bilik tidurnya, atau di rumah oranag lain, ibu bapanya, hanya lah memeluk bahunya, perlahan-lahan menepuk bahunya, untuk mengingatkan dia bahawasanya die tidak sepatunya STIMMING di tempat itu.

4. Rakaman - Boleh video kelakuan anak itu, bagi anak-anak yang agak memahami. Tujuan nya untuk ibu bapa 'VISUALISE' kan perbuatan itu kepada mereka, kerana mereka tidak semestinya sedar mereka melakukan perbuatan itu. Perjelaskan pada mereka, jika STIMMING berlaku, apa aksi yang ibubapa harus lakukan pada mereka. Nyatakan juga, yang kita sebagai ibu bapa memahami kenapa mereka melakukan STIMMING.

5. Diet Pemakanan- Pengamalan diet GFCF yang dikatakan mengurangkan STIMMING.  Penyelidikan ada mendapati bahawa sistem penghadaman kanak-kanak autisme kurang upaya untuk menghadam protein di dalam bentuk glutein dan casein. Protein yang tidak dihadam ini lah yang dipercaai akan merosakkan neurologi dan mengaruh kepada berlakunya kelakaun-kelakuan autistik. Namun banyak pakar yang masih berdebat tentang topik ini kerana bukan semua pengamal GFCF dapat mengurangkan simptom autistik.

STIMMING boleh COME and GO. 

Jika ibu bapa boleh betul-betul faham apa yang saya terangkan di atas, meraka akan dapat tahu kenapa scenerio ini boleh terjadi. Ini adalah kerana 'SENSORY OVERLOAD' boleh berlaku bila-bila masa sahaja pada anak-anak autisma kita. Dan perasaan yang sudah ada di dalam diri mereka itu memang wujud.

Jangan sedih dan risau bila saya katakan phrase 'come and go'. Jangan jadikan ia nya suatu issue, jika ia bukan memudaratkan.  Ibu bapa harus faham ia adalah suatu kelakuan yang boleh 'dimanage' sebagaimananya juga 'BEHAVIOUR'. Jika kita sudah berada di dalam 'Territory' pengawalan maka kita sebagai ibu bapa akan lebih tenang. Hanya jika lihat STIMMING itu 'OUT OF CONTROL' -- membahayakan dirinya atau persekitarannya -- maka pakar harus dirujuk.

Jika lebih jelas lagi saya gambarkan 'SENSORY OVERLOAD' berlaku setiap masa pada mereka-- 
 -- mungkin selepas mereka demam, atau selepas mereka mengalami apa-apa perubahan di dalam hidup mereka--'change of routine--perpindahan sekolah baru --bertukar guru--bertukar rakan--bertukar SLT/ OT --even bertukar makanan ataupun memperolehi BAJU baru --mungkin  bau baju dari supermarket itu mengaruhkan kelakuan STIMMING, ataupun terlalu gembira atau terlalu sedih.

Yang penting kita sebagai ibu bapa bertindak untuk membantu mereka untuk mereka dapat 'MENGAWAL' STIMMING mereka, dapat 'MEMINIMA' kan kelakuan itu. Dengan cara memarahi mereka, atau memberhentikan tindakan itu serta merta tidka akan membantu apa-apa sebaliknya kelakuan lain yang mungkin lebih mencabar akan berlaku.

Jadi 'mengawal' dan 'meminima' adalah 2 KEYWORDS untuk menangani STIMMING :)

Kepada orang-orang persekitaran kita yang terlihat dan agak kurang faham dengan reaksi STIMMING anak kita ---- kita boleh treangkan dengan cara paling mudah ---- " ANAK autisme punya cara tersendiri yang unik untuk meluahkan apa yang mereka rasa hasil dari tindakbalas persekitaran atau keadaan yang mereka lalui'. Mereka tidak dapat meluahkan apa yang terbuku diperasaan mereka melalui perkataan -- maka mereka membuat laku-laku UNIK :)'





Sesungguhnya mereka adalah anak-anak unik :) Setiap dari mereka adalah umpama 
'BUKU' untuk kita mempelajari suatu ILMU baru di dalam alam ciptaan ALLAH swt. Jika kita perhatikan hadirnya mereka di dalam hidup kita, sudah berapa banyak ilmu yang belum kita terokai dahulu, telah kita terokai. 

Setiap kelakuan mereka, adalah unik -- dan penyelesaian bukan dengan kemarahan dan 'STRESS' :) Insya ALLAH Allah swt akan kurniakan kesabaran kepada semua ibu-bapa anak istimewa ini :)






Saturday, 12 January 2013

Rupanya Ini Teknik Nabi..

Seronok pula saya membaca satu blog berinfomatif ini -- Ustazah Siti Khadijah - Teknik Nabi.

Perasaan bercampur baur timbul di dalam fikiran saya apabila membaca blog ini. 

Gembira --- kerana setelah sekian lama teknik sebegini akhirnya di 'JUMPAI' dan diaplikasi justeru disebarkan pada semua masyarakat di Malaysia. 

Sedih --- kerana rupanya teknik pengajaran yang dilakukan di sekolah-sekolah di UK ni, adalah hampir 100% menggunakan Teknik Nabi. terpukul pula pada diri saya, seorang muslim,mengapa mereka yang bukan muslim pula dapat mengaplikasikan pengajaran Nabi, sebelum kita? 

Teknik puji-pujian dan etika komunikasi berhemah di UK, bukan sahaja di pratikkan di sekolah, malah komunikasi berhemah  sudah menjadi  sebahagian dari cara mereka sejak zaman-berzaman. Mereka adalah bangsa yang suka dengan 'puji-memuji' dan tidak suka 'mengaibkan org lain'. 

Semasa saya belajar sejarah darjah 5 dengan Abah saya, bertahun dulu, abah selalu bercerita bahawa, kerana penjajah Inggeris ini, punya 'courtesy' yang baik dan 'public relation' yang tinggi, maka Raja-raja Melayu kita senang 'cair' dan 'lemah' dengan penjajah Inggeris. Cara percakapan mereka merupakan salah satu 'senjata' untuk mereka melemahkan kerajaan melayu ketika itu.

Pada ketika itu, saya tidak faham apa yang abah maksudkan dengan 'courtesy' dan 'PR' yang tinggi. Saya pun bersopan, dan punya komunikasi yang baik dengan ibu bapa dan rakan. Cara itu kah yang abah maksudkan? 

Setelah berada lama di luar negara dan biasa melihat etika percakapan mereka, faham lah saya rupanya cara ini lah yang abah maksudkan..:) Penggunaan teknik pujian yang mereka gunakan sebagai  salah satu senjata' paling berkesan untuk melemahkan kita. Apabila saya memasuki bidang pendidikan di Britain ini, baru lah saya faham semuanya. Dan betul sebagaimana yang abah katakan --- ianya 'senjata' paling mujarab untuk seorang pendidik  dengan anak-anak muridnya. Bila saya menggunakan perkataan senjata, bukan bermaksud saya ingin berperang dengan murid-murid saya, tetapi  teknik nabi ini merupakan 'reverse psychology' yang boleh membentuk keperibadian murid tersebut,InsyaALLAH terhindar daripada kelakuan-kelakuan nakal :)

Teringat saya waktu mula-mula saya masuk ke bidang pendidikan UK. Saya menjadi PART TIME Nursery Nurse di salah sebuah Private Nursery. Ketika itu saya masih di tahun akhir pengajian PhD saya, maka saya hanya bekerja 4 jam setiap hari. Saya menyertai 'carpet time' di mana semua hampir 20 orang kanak-kanak berusia 4-5 tahun duduk mendengar guru menyanyikan lagu-lagu kanak. Semasa aktiviti ini, cikgu tersebut tidak lekang  mengeluarkan perkataan 'Well Done', 'Excellent', 'Brilliant', 'Wonderful' kepada anak-anak ini.Kata-kata itu seperti sudah menjadi normaliti di dalam perkataan hariannya.

Dan apabila ada kanak-kanak yang agak nakal berdiri dan cuba mengganggu kumpulan itu,cikgu itu berkata, 
" Ryan, SWEETHEART, would you like to come infront and join me singing, so all of your friends can sing together with you?"

Kanak-kanak itu menggelengkan kepala. Cikgu menyambung lagi..

" Ryan, could you please do good sitting, so miss can give you extra biscuits during your snack." 

Cikgu tersebut berkata dengan MUKA YANG AMAT MANIS.

Kanak-kanak itu terus duduk, dan menyertai aktiviti itu.

Penggunaan kata-kata 'SWEETHEART' , 'COULD YOU', dan wajah yang sentiasa manis ini, rupanya secara tak lansung ada lah merupakan teknik yang rasulullah gunakan..!! MasyaALLAH. Ketika itu saya tidak tahu, dan saya sangat 'AMAZE' dengan cara guru 'DEALT' dengan situasi-situasi sebegini.

Saya sentiasa mendengar cerita rakan-rakan di UK yang anak mereka gemar bersekolah di UK, kerana sekolah di UK 'banyak bermain' dan guru-gurunya 'BAIK'. Saya selalu mendengar rakan-rakan saya menyebut, guru-guru sekolah sentiasa memeluk anak-anak mereka dan memuji 'You are such a clever girl'. 'You have done absolutely good work'.

Tetapi bila saya sendiri berada di dalam 'setting' itu, menjadi salah seorang tenaga pengajar ketika itu, saya KAGUM, saya AMAT KAGUM dengan cara mereka. Rupanya BANYAK sungguh ILMU di dalam SISTEM PENDIDIKAN mereka yang dapat saya pelajari, walau pun hanya bekerja sebagai Nursery Nurse ketika itu. Sistem pendidikan mereka AMAT FASCINATING!! (Insha ALLAH dalam entri-entri yang lain saya akan ceritakan pengalaman saya di dalam sistem pendidikan mereka :))

Apabila saya mula mengajar di sekolah, saya banyak belajar teknik 'reverse psikologi' yang mereka gunakan. Maksud belajar di sini bukan lah saya dihantar untuk pergi kursus teknik ini atau sebagainya, tetapi melalui pemerhatian. 

Secara logiknya juga, kita sebagai manusia biasa memang suka dipuji, bila kita dipuji kita rasakan, walaupun susah untuk berbuat sesuatu perkara itu, kita sanggup melakukan, kerana akan mendapat pujian. Suka pada PUJIAN adalah LUMRAH MANUSIA. JAdi sama juga lah perasaan ini dengan murid-murid sekolah :)

Scenerio di sekolah ------Ketika beratur di luar kelas selepas waktu rehat, (tiada pengawas di sekolah UK :) tetapi hanya ada school council) , cikgu yang  datang mengambil kelas. Apabila melihat ada yang belum bersedia dan masih bercakap, saya akan kata, 

" Well done Mahmood for doing excellent lining up"

"Well done Christina for knowing what to do in line."

"I am also watching very carefully now to see who elso are doing good lining up so that i could give them Dojo Point."

Serta merta mereka yang asyik bercakap terus diam, dan meletakkan jari di mulut, tanda diam :) Dapat diperhatikan di sini saya memuji mereka yang bersifat positif namum mereka yang berkelakuan negatif akan 'terasa' sendiri dan cepat-cepat membaiki kesilapan mereka.

Scenerio di dalam kelas, ketika saya bertanyakan soalan.

" Who can tell me how many sides does the Decagon has?"

Ramai yang mengangkat tangan. Saya memilih seorang murid yang berada di dalam 'LOW ABILITY' group. 

"Yes, Stephen?"

" 6"

" Not quite right. But its good try though."

Stephen meletak tangan dan tersenyum. 

"Yes,Millie" 

Kanak - kanak itu cuba berfikir pula.

"Millie, are you still thinking? Should i come back to you?"

Millie mengangguk.

"Let see who can help Millie." saya menyambung.

"Yes, Maryam."

"10".

"Excellent Maryam. It 10. Decagon has 10 sides."

Perhatikan penggunaan ayat saya :) 

" Not quite right. But its good try though." 
"are you still thinking? should i come back to you?"  
"Let see who can help?"  
"Excellent"

Semua 'phrase' di atas adalah berbentuk positif.


Bila seseorang murid itu cuba mengangkat tangan, dan memberikan jawapan yang salah, dan guru menjawab " salah!" atau " bukan"...perasaan anak itu akan menjadi takut untuk mengangkat tangan, takut untk meberikan pendapat mereka, takut dengan semuanya. Perkataan "salah" itu walapun ringkas, mempunyai IMPAK yang sangat kuat pada anak-anak. Saya rasa bukan sahaja anak-anak -- tetapi juga pada orang dewasa. 

Dengan kata - kata 'tidak pemutus semangat' -- seperti " not quite right, but GOOD TRY, akan membuatkan anak itu, terus menerus ingin mencuba dan tidak malu. Malah rakan lain juga tidak terasa 'kesalahan' anak itu sesuatu yang melucukan atau sesuatu yang amat berat.




Dengan cara itu --- secara tidak lansung-- CONFIDENT mereka bertambah. Dan ini lah sebabnya, CONFIDENT ini terus bercambah di dalam diri mereka sehingga lah mereka dewasa.

Bukan semua orang putih ini pandai, bukan semua mereka bijak ---- tetapi KITA SERING menganggap mereka bijak kerana YAKIN DIRI mereka tinggi. mereka idak rakut silap dalam mengutarakan pendapat mereka. Maka -- kita nampak mereka -- WAH !! CLEVER...

Ketika memberikan TASK menulis diari yang diberikan kepada dua orang anak-anak autisma yang kurang berupaya menulis karangan.

" I love the way Jason start his work. He remember what i have taught."

Saya memuji, walaupun Jason hanya menulis dua patah perkataan iaitu "Dear Diary". Saya tahu sukar juga untuk dia mengingat cara menulis diari, jadi sekurang-kurangnya jika dia tahu permulaannya, dia patut diberi pujian.

Rehan, melihat ke arah Jason. Dia belum mula apa-apa.

"Rehan, why dont you try your best to remember what had happened to Mary seacole.look at the picture"

" I dont know what to do Miss."

"Rehan, i know you can do this.You are very hard working. I like hard orking children. What should we start our diary with?"

Rehan mula menulis dear diary.

Saya sedar sekarang ini, KEYAKINAN diri perlu dipupuk di SEKOLAH. Semuanya harus bermula di sekolah. Kita sering menyalah tafsirkan jika murid itu punya KEYAKINAN DIRI yang TINGGI , dia akan mula bersikap KURANG AJAR ----- saya rasa ini boleh dibendung dengan adanya ajaran agama dan nila kemurnian. Kombinasi ini semua boleh menghasilkan seorang individu yang lebih mantap daripada orang-orang putih ini.

Kerana di sekolah saya lebih banyak mengajar anak-anak 'istimewa' yang majoritinya adalah 'autisme' maka cara dan teknik ini, sememangnya berkesan. Beserta dengan kesabaran yang tinggi, perkataan "WELL DONE", "GOOD JOB" perlu mejadi nornaliti dalam kamus saya sebagai guru.

Satu ketika dulu,Ilyas, anak autisma di sekolah gemar melarikan diri dari kelas ke bilik computer. Dia juga suka belari-lari di corridor. Dia jarang berjalan biasa. Saya mula mengajar Ilyas ketika dia berusia 5 tahun. Ketika itu, Ilyas sedang berada di dalam 'PEAK of his BEHAVIOUR'. 

Sewatu saya mula datang ke kelas Ilyas, gurunya berkata sambil bergurau, " I assume after this you have to wear flat shoe if you wnat to work with Ilyas.". Saya hanya tersenyum.

Tetapi saya tidak menukar kasut saya -- saya tidak menukar cara pemakaian saya -- saya masih memakai 'HIGH HEELS'. Kenapa? kerana apabila saya menukar kasut FLAT, kecenderungan saya untuk mengejar Ilyas akan menjadi tinggi :) Dan saya tidak mahu mengejar Ilyas, saya mahu Ilyas tahu yang berlari disekolah itu salah.

"Ilyas, try to move slowly."

Ilyas masih berlari. Saya tidak menggunakan perkatan "DONT RUN"..kerana itu adalah arahan negatif. Saya cuba mengaplikasikan POSITIVE traits di dalam perkataan saya.

"Ilyas, WALK." 
" Ilyas, good ry today, for not running." 
"Ilyas, lets try and do CAT walk" 
"Ilyas lets try and do mouse walk" 
"If you are outside, you can do HORSE RUN"

Di dalam masa 2 bulan, kombinasi cara 'arahan' saya dan 'BEHAVIOUR PLAN'  (akan saya ceritakan di dalam entru yang akan datang, InshaALLAH) yang baik, Ilyas sudah BERJALAN di sekolah. 

Dalam 'arahan' saya juga menggunakan perkataan ' CAT WALK'  'MOUSE WALK'  'HORSE RUN' agar kanak-kanak ini dapat menggambarkan apa yang saya cuba sampaikan.

Sekarang Ilyas sudah 8 tahun. Dia tidak lagi berlari dari bilik darjahnya, dia tidak lagi berlari di corridor, dia tidak lagi berlari di tempat yang tidak sepatutnya.

Apabila mengajar kanak-kanak istimewa ini sesuatu perkara-- perkara paling penting adalah untuk mereka mencintai apa yg meeka pelajari, dan mempunyai yakin diri yang mereka boleh melakukannya. Apabila kita menggunakan 'kata-kata pujian' secara tidak lansung semangat mereka untuk mencuba sesuatu pelajaran akan lebih baik.

Dalam video yang saya 'attach' kan ini adalah salah satu contoh bagaimana guru di sekolah UK mengajar satu subjek. 



1.Perhatikan guru tersebut, menggunakan  'Excellent' dan 'Well done', apabila muridnya memberikan pendapat. 

2.Dan apabila mereka bangun untuk membuat aktiviti 'lakonan' pada minit 2.33 guru tersebut mengatakan "That is lovely. Well Done, that is really quick",

3. Minit 2.39, cikgu itu sekali lagi memuji mereka kerana berjaya form the circle dengan mengatakan "I love how polite you've been with each other.Well done.Saying excuse me so that you will fit in.

4. Minit 3.29 -- bila guru tersebut melihat kedua kanak2 yg meng 'volunteer' untuk melakonkan watak tersebut agak kaku, dia berkata " Okay, should we have somebody else to try,looks like you're frozen because you are so scared then"

5. Minit 3.46 --"I love how James is crouching down."

6. Minit 3.50 --"Excellent! I love how they turn around....well done!"

7. Minit 4.33 --  "Thats was super. Well done!"

8. Minit 4.46 -- "Can you please turn to the board?".. Apabila murid melakukannya "Thats perfect..."

Lihatlah dalam masa 5 minut berapa banyak kata-kata pujian yang telah di berikan. Ini bukan lah suatu lakonan. Keadaan ini memang berlaku di sekolah-sekolah UK. Mungkin kerana bangsa mereka suka 'memuji' seperti yang saya sebut sebelum ini, tetapi secara tidak lansung mereka menggunakan teknik Rasulullah saw. Saya amat berharap dalam masa 10 tahun lagi, dengan terdedahnya kita pada Teknik Rasulullah ini, etika pengajaran di sekolah akan berubah ke arah yang lebih baik. Insha ALLAH.


"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."
(Surah [33] AL AHZAB : Ayat 21)








Wednesday, 9 January 2013

Lets describe characters !!!

Setiap penggal, sekolah-sekolah di UK, mempunyai 'TEMA' pembelajaran. Apa yang menarik adalah SEMUA curriculum pengajaran di dalam pertengahan penggal tersebut dikaitkan dengan TEMA tersebut. 

Untuk SPRING TERM (yang bermula Januari hingga April) ini, TEMA yang dipilih adalah 'ANCIENT EGYPT'. Di dalam ENGLISH hari ini, murid-murid tahun 3 diberi masa untuk melihat sebuah video clip dari filem animasi Disney 'ALADDIN'. Sebagaimana yang kita ketahui, ALADDIN adalah sebuah cerita dongeng kanak-kanak dari Timur Tengah :) 

Jadi TASK PERTAMA, year 3 ini , mereka harus 'describe' tentang 'watak-watak' - PRINCE ALI/ALADDIN, SULTAN, JAFFAR dan PRINCES JASMINE daripada 'CLUE' yang mereka perolehi di dalam video ini dan mempericikan watak-watak ini dengan menggunakan 'ADJECTIVE' yang sesuai.

TASK KEDUA - Mereka, harus pula, menyatakan 'WHAT IS THE CHARACTERS OPINION TOWARD PRINCE ALI?'

Waduh! Waduh!...  'CLUE' dan 'OPINION' adalah antara perkataan yang kurang digemari oleh anak-anak autisme, kerana kedua-dua perkataan ini melibatkan secara tidak lansung  'SOCIAL IMAGINATION'.

Maka dua TASK ini akan 'mencabar minda' mereka..Sebenarnya, bukan mencabar minda mereka, sahaja tetapi mencabar MINDA SAYA sebagai pendidik mereka. BAGAIMANA saya harus MEMODIFIKASIKAN lesson ini, bersesuaian dengan mereka ?

Mula-mula AYUH kita EnJOY Clip ini dahulu :)

Setelah mengulang lihat klips ini tiga kali, saya bertanya pada dua murid ini.

"Can you show me, where is Prince Ali?"

Seorang menjawab tidak tahu, dan seorang lagi menunjukkan pada 'SULTAN' !!!

OK..pasti sekarang, walaupun tekun melihat animasi ini, mereka  tidak memahami lansung konteks lagu,dan apa yang cuba ditonjolkan di dalam animasi tersebut. Mungkin sebab kedua-dua mereka tidak pernah berpengetahuan lansung berkenaan animasi DISNEY ini. 

** Bagi kanak-kanak autisme, sesuatu yang mereka tidak mempunyai pengalaman lansung / tidak berpengetahuan lansung tentang hal itu, maka mereka tidak akan dapat menjawab soalan berkaitan hal itu, walaupun jelas 'HINT' atau 'CLUE' digambarkan**

NEXT saya mengambil dua gambar, dan menunjukkan pada mereka


Kami cuba 'brainstorm' ADJECTIVE'  untuk  DESCRIBE kedua-dua watak ini. Klip dimainkan berulang PLAY-PAUSE supaya mereka dapat melihat dengan jelas watak-watak mereka.

Mula-mula,kedua-duanya men- 'decribe'  PRINCE ALI as 'STRONG' kerana keadaan ini sangat jelas dilihat di dalam klip tersebut saat 1.01 :) 

Namun bila soalan-soalan berikut dilontarkan, baca jawapan mereka.  :)

" Can you see the prince is giving away his gold. What is he? He is K....."

Saya cuba memberi "HINT"

"The money is  a lot and he can buy some clothes miss"  seorang mencelah.

"He is K....K..K...K...Cold miss"

"Ok,listen to me. Are u kind or not if you give your money to people?"

"KIND!" kedua-dua menjawab.

"Thats good. Prince Ali is kind."

Saya menyambung soalan untuk 'brainstorming' mereka lagi.

"Prince Ali has a lot of money. Therefore he is....?"

Seorang diam. dan seorang lagi menjawab ,"then he can buy lots of toys!!!"

(perhatikan jawapannya, adalah dari pengalamannya- banyak duit maka boleh beli permainan yang banyak. Dia TIDAK RELATE kan soalan saya dengan klip yanng telaah ditontoni)

"Not quite right. If you have lots of money are you rich or poor?"

Kedua-dua menjawab "RICH"

Saya carry on brainstorm sebegini untuk beberapa lagi adjective. Namun jika diperhatikan, kedua-dua mereka tidak dapat MENCEDOK apa-apa INFOMASI  atau CLUE dari klips tersebut. Untuk memperolehi infomasi itu, saya harus memberikan pilihan antara DUA ADJECTIVES kepada mereka.

" How do u know the SULTAN is RICH?"

Kedua-kedua menggeleng kepala. Saya memainkan semula klip tersebut dan menunjukkan ISTANA tersebut.

" He lives in BIG PALACE. He is the king,so he must be...."

"RICH!!!!" salah seorang excitedly menjawab. Seorang lagi sudah mula 'FIDGETING'.

"Is the SULTAN kind to ALADDIN ?"

"No, miss. He goes and open the door, and the elephant comes in, and the elephant will eat the people."

Wah..begitu pula imaginasinya. Saya terasa hendak tergelak, tetapi terpaksa menahan.

"Listen to me.if i come to your house, knock on the door, you open the door for me.Is that means you are kind or not?"

"KIND, are you coming to my house miss?" seorang menjawab, waduh,ada pula sambungan jawapannya, tersenyum saya dengan keletah mereka ini.

"My mum will open the door miss",seorang lagi menjawab.

(Berdasarkan pengalaman yang dilalui di rumahnya)

Saya bagaikan tidak tertahan juga hendak ketawa. Gelihati sungguh mendengar jawapan-jawapan 'LURUS' mereka ini. 
SubahanALLAH lihat lah bagaimana pemikiran mereka.

"Do u think the SULTAN is young or old?"

"YOUNG" seorang menjawab.

(Gagal lagi untuk 'decribe' character melalui CLUE yang dipaparkan)

Saya mencelah, " Look at his beard. Normally old people has white beard so the SULTAN is old"

Untuk 10 minit terakhir pengajaran saya cuba untuk describe physical SULTAN dan ALADDIN. Siapa tinggi, siapa rendah, siapa kurus dan siapa 'plum'.

Kesimpulan dari aktiviti dan perbualan yang cuba saya paparkan di atas ini, jelas didapati, kanak-kanak ini tidak dapat membuat gambaran daripada klips yang mereka saksikan, dan senantiasa jawapan-jawapan mereka adalah berdasarkan pengalaman yang mereka lalui.

Character description menggunakan pelbagai ADJECTIVE adalah latihan yang baik untuk mereka dapat menggambarkan apa yang mereka lihat daripada gambar-gambar atau watak -watak di televisyen.Memperbanyakkan character description akan membiasakan mereka menggunakan 'DESCRIPTION WORD' untuk sesuatu objek / NOUN / PRONOUN.

MARI CUBA DENGAN ANAK ANDA :-
Daripada entri ini, apabila anda melihat anak anda gemar melihat sesuatu cerita kartun atau sebagainya, cuba PAUSE tanya mereka SIMPLE soalan berkenaan dengan watak cerita tersebut. Cuba PRINT gambar-gambar yang boleh diperolehi daripada GOOGLE dan sama-sama 'brainstorm'  dengan mereka untuk 'DESCRIBE' watak-watak tersebut dengan menggunakaan pelbagai 'ADJECTIVE' mudah -seperti saiz, warna dan emosi watak tersebut.

Perlu Diingatkan -- anda harus memberikan seberapa banyakk CLUE dan HINT pada mereka, DAN jangan sesekali GIVE UP jika mereka tidak dapat memberikan jawapan terbaik untuk anda. Latihan ini sesuai dilakukan untuk mana-mana peringkat usia, dengan modifikasi-mdifikasi soalan mengikut usia mereka berdasarkan kreativiti anda :)

Jadi.jika anak anda tekun melihat sesuatu cerita, TANYA pada diri ANDA---adakah mereka betul-betul faham JALAN CERITA tersebut-- atau mereka melihat sekadar melihat sahaja?. Jadi latihan yang saya syorkan ini INTERESTING kerana ianya MENGAJAR mereka tanpa mereka sedari,dengan mengambil klips cerita-cerita yang mereka suka ---- SIAPA yang tak nak BELAJAR dengan klips kegemaran BUKAN?:)




You will definitely find  'A WHOLE NEW WORLD with your gifted child :) 
Allah bless them all :)




Saturday, 5 January 2013

Time is my best friend

"What time is it now Miss?"

" How many more minutes Miss?"

"Is it 15 more minutes to play time Miss?"

"..but you said 15 minutes for writing. Its finish now, I am going to play."



Tanpa disedari, masa adalah teman rapat kanak-kanak autisma. Ini adalah kerana, tanpa mengetahui 'julat masa' kanak-kanak autisma merasakan mereka berada di dalam keadaan yang 'terawang-awangan' tanpa objektif dan hala tuju tertentu. Apabila 'terawangan' atau 'uncertainty' berlaku, keadaan 'insecure' mula menguasai diri mereka, dan mereka mula merasakan 'uncomfortable' dengan keadaan sekeliling. 

JUST IMAGINE. You are at the airport, stranded. Not knowing when is your next flight, not knowing how long you are going to be there. Not even knowing, where you are. How would you feel? 

Anxiety?




Sense of Uncertainty?

Fear? Stress? Anger?




Yes..!! All this will be coming to you, one by one. Now, lets link that emotion to how children with autism feels without the discrete of TIME :)

Lets look at what happen to these scenerios :)

1. Scenerio BUSY TME / INDEPENDANT LEARNING di dalam kelas Year 2.  


Period ni adalah period in-between SUBJECTS yang diberikan pada murid-murid, jika meraka selsai menyediakaan apa-apa kerja yang guru berikan, sebelum tamat waktu pembelajaran untuk subjek tersebut. Selalunya masa ini, digunakan untuk mereka pergi ke AREA yang mereka gemari seperti CONSTRUCTION (di mana adanya permainan seperti Lego, Kinnects, Polydron), CREATIVE (Pelbagai resource untk membuat sketches dan lukisan), SCIENCE (terdapat bekas-bekas air, magnet, dan alat-alat yg mennjurus kepada bidang sains asas), MATH ( perlbagai resource untuk matematik) dan TOPIK (apa-apa resourcestermasuk permainan yang berhubung dengan topik semester itu).

INFO AM: Sehingga ke YEAR 3, permainan CONSTRUCTION seperti yang saya nyatakan di atas , masih diperolehi di dalam kelas. Ini adalah kerana YEAR 3 adalah TRANSITION YEARS between KEYSTAGE 1 (Year 1 and 2)  di mana banyak permainan masih diperolehi di dalam kelas, dan KEYSTAGE 2 (YEAR 3, 4, 5 and 6)

Berbalik pada scenerio tadi :)

Kanak-kanak autisma ini, Joel (bukan nama sebenar) 7 tahun, sedang leka bermain lego yang dibuat oleh rakannya. Cikgu mengumumkan. 

"Okay everyone, its time to tidy up. You have 10 minutes to tidy up, and its time for our playtime. I am looking for those who does good tidy up, and i will put her or his name on the rainbow (class behaviour chart).

Semua kanak-kanak lain bergegas mengemas. Joel masih duduk bermain tanpa sebarang movement pun.

"Joel .Please tidy you toys.We are going for playtime now."

Joel tidak bergerak. Seorang kanak-kanak lain datang ke sisi Joel dan cuba mengemas mainan Joel. Joel terus menepis kanak-kanak itu dengan muka yang garang.

" No. Go Away!"

Pada pendapat anda apakah bantuan yang JOEL perlukan sekarang? :)

Saya datang ke sisi Joel, bersama NOW and NEXT board, dan TIMER. 

"Joel, NEXT is Playtime."

Joel diam sambil terus bermain. Saya meletakkan NOW and NEXT BOARD di hadapannya. Dan menunjukkan pada VISUAL CUE CARD pada BOARD tersebut. Saya mengulangi kata-kata saya dengan tonasi yang normal. 

" Joel. NEXT is PLAYTIME. You have 3 minutes, to tidy up. Miss will set the timer."

"What MISS?" Joel bereaksi balas.

"ITS PLAYTIME.You have 3 minutes to start tidy up. I will start the timer now." Dan saya mulakan timer tersebut.

"How long MISS? 3 minutes 00 seconds ?"

" Yes."

"OK MISS"

Dengan itu, JOEL terus mengemas permainannya, dan siap sebelum timer berbunyi. Joel menanti TIMER berbunyi, dan berkata,

"PLAYTIME MISS" sambil ketawa.

2. SCENERIO PENANTIAN

"TOMORROW i will bring all of you a special present."

Tiba-tiba bila hari esok menjelang. Guru tersebut lupa untuk mebawa presents tersebut. Bagi kanak-kanak lain, ianya menyedihkan, tetapi mereka masih boleh 'TOLERATE' dengan keadaan itu.

"I am so sorry. I forget to bring, I promise to bring them TOMORROW". Janji guru tersebut.

Kanak-kanak, autisma, Maddy, 10 tahun,  mula resah dan bertanya,

"Why?Where's the present?Miss says is today."

I explained to her. " MISS has forgotten."

Maddy mula menangis dan menjerit

"I DONT LIKE YOU!!!!!" (aiming at the forgetful teacher)

lalu bergegas keluar dari kelas, menghentam pintu bilik darjahnya.

Saya mengekori Maddy. Dan berjalan disebelahnya. Maddy berjalan laju.

"Maddy STOP. LOOK at me"

Maddy terus berjalan makin laju.

"Maddy STOP. Remember your day reward if you behave." (saya cuba mengingatkan CAUSE and EFFECT padanya)

Maddy berhenti.

"Maddy, let us sit down. I want to tell you something."

Maddy mengekori saya.

"Maddy. MISS has forgotten. Sometimes people forgets. Its OK to forget. If you forget you say sorry."

"I dont like MISS Taylor." (talking about the 'forgetful' teacher)

"Maddy, its not KIND to say that to a teacher. Maddy, lets go back to the classroom, and be a good girl."

"Miss taylor will bring the present tomorrow?"

"Hopefully. BUT Maddy, if she forgets again, we cannot be angry at her. Sometimes you forget your homework, and Miss says OK, if you say sorry."

Maddy ketawa 2 saat, dan serius semula.

"Miss taylor is bad." Sambil bangun dan menurut saya balik ke bilik darjah. Maddy masih 'grumpy':)

"Maddy, lets be kind. Remember your day reward.

Moral of the story : Try no to forget any promise you make with an autistic child :) SOME couldnt really coop with waiting and tolerance :) If you do forget. PLEASE try to acknowdge them first one to one, before announcing infront of the classroom :) Well in this case, saya pun tidak tahu guru tersebut terlupa. Dia sendiri tidak memberitahu saya situasi itu, or else i would prepare Maddy BEFOREHAND.

Ke mana- mana saya pergi saya sentiasa bersama timer. Ada sesetengah anak-anak autisme, yang hanya mempercayai 'kata-kata mulut'  " U've got 10 more minutes to play football", "u've got 5 more minutes" Ada yang meminta untuk melihat jam saya. Ada yang meminta untuk melihat timer mereka. Ada yang saya gantung sahaja time di leher mereka  :)



Digital clock timer (my favourite to use )



Sand timer -- which has different time on top of the timer--but be careful using these!! Some children loves to play with them, and can easily break them. USE with SENSIBLE ones :)


Time tracker. Red light will BLEEP when the time is up. Very clever timer, but quite expensive. Very good for VISUAL LEARNERS who does not tune in to two timer above.

Yerp--the traditional timer :) Kalau dah tkder timer berhampiran, sshow them  you are actually keeping the time for them, just to make them feel SECURE :)

Ada yang sangat obsess melihat timer set up. Bila saya memulakan timer digital dari internet untuk mereka menukar pakaian PE, ada yang berdiri tanpa berbuat apa-apa api trus melihat minit dan saat bergerak :) Ada yang melakukan tukar pakaian itu, tapi agak lambat kerana mata asyik melihat pergerakkan masa di timer digital tersebut :)

Apa-apa pun, masa dan perubahan adalah PENTING buat mereka. 

Jadi --AVOID saying "SEKEJAP LAGI", "NANTI DULU" "LEPAS INI"

Perkataan-perkataan ini adalah terlalu ABSTRACT buat mereka. 

SEKEJAP LAGI.? Sekejap lagi tu berapa lama? Di dalam fikiran kita, kita boleh menggambarkan keadaan itu, tetapi tidak mereka. jadi mereka akan terus menunggu, dan menunggu, anxious, dan anxious--dan BOOM !!!!!!!--creating unwanted behaviour TRIGGER by the 'SEKEJAP LAGI' phrase.:)

REMEMBER mereka adalah VISUAL THINKER, that's why the abstract idea "of time" can be frustrating and confusing! TIMER membantu mereka menggambarkan berapa lama lagi masa tinggal untuk sesuatu aktiviti itu.



Autistic people could not pace themselves,they did not know how to live in the measured flow of time, defined by predictable events and expectations, the way most people can. This caused them anxiety, uncontrollable fear and rage. 

Without any way to live a present built upon a past, or to predict a future, without a means to demarcate the beginning and the end of the events that make up daily life and finally all of life itself,
they try to live their lives in "a world full of improbabilities, racing toward uncertainty."