Wednesday 9 January 2013

Lets describe characters !!!

Setiap penggal, sekolah-sekolah di UK, mempunyai 'TEMA' pembelajaran. Apa yang menarik adalah SEMUA curriculum pengajaran di dalam pertengahan penggal tersebut dikaitkan dengan TEMA tersebut. 

Untuk SPRING TERM (yang bermula Januari hingga April) ini, TEMA yang dipilih adalah 'ANCIENT EGYPT'. Di dalam ENGLISH hari ini, murid-murid tahun 3 diberi masa untuk melihat sebuah video clip dari filem animasi Disney 'ALADDIN'. Sebagaimana yang kita ketahui, ALADDIN adalah sebuah cerita dongeng kanak-kanak dari Timur Tengah :) 

Jadi TASK PERTAMA, year 3 ini , mereka harus 'describe' tentang 'watak-watak' - PRINCE ALI/ALADDIN, SULTAN, JAFFAR dan PRINCES JASMINE daripada 'CLUE' yang mereka perolehi di dalam video ini dan mempericikan watak-watak ini dengan menggunakan 'ADJECTIVE' yang sesuai.

TASK KEDUA - Mereka, harus pula, menyatakan 'WHAT IS THE CHARACTERS OPINION TOWARD PRINCE ALI?'

Waduh! Waduh!...  'CLUE' dan 'OPINION' adalah antara perkataan yang kurang digemari oleh anak-anak autisme, kerana kedua-dua perkataan ini melibatkan secara tidak lansung  'SOCIAL IMAGINATION'.

Maka dua TASK ini akan 'mencabar minda' mereka..Sebenarnya, bukan mencabar minda mereka, sahaja tetapi mencabar MINDA SAYA sebagai pendidik mereka. BAGAIMANA saya harus MEMODIFIKASIKAN lesson ini, bersesuaian dengan mereka ?

Mula-mula AYUH kita EnJOY Clip ini dahulu :)

Setelah mengulang lihat klips ini tiga kali, saya bertanya pada dua murid ini.

"Can you show me, where is Prince Ali?"

Seorang menjawab tidak tahu, dan seorang lagi menunjukkan pada 'SULTAN' !!!

OK..pasti sekarang, walaupun tekun melihat animasi ini, mereka  tidak memahami lansung konteks lagu,dan apa yang cuba ditonjolkan di dalam animasi tersebut. Mungkin sebab kedua-dua mereka tidak pernah berpengetahuan lansung berkenaan animasi DISNEY ini. 

** Bagi kanak-kanak autisme, sesuatu yang mereka tidak mempunyai pengalaman lansung / tidak berpengetahuan lansung tentang hal itu, maka mereka tidak akan dapat menjawab soalan berkaitan hal itu, walaupun jelas 'HINT' atau 'CLUE' digambarkan**

NEXT saya mengambil dua gambar, dan menunjukkan pada mereka


Kami cuba 'brainstorm' ADJECTIVE'  untuk  DESCRIBE kedua-dua watak ini. Klip dimainkan berulang PLAY-PAUSE supaya mereka dapat melihat dengan jelas watak-watak mereka.

Mula-mula,kedua-duanya men- 'decribe'  PRINCE ALI as 'STRONG' kerana keadaan ini sangat jelas dilihat di dalam klip tersebut saat 1.01 :) 

Namun bila soalan-soalan berikut dilontarkan, baca jawapan mereka.  :)

" Can you see the prince is giving away his gold. What is he? He is K....."

Saya cuba memberi "HINT"

"The money is  a lot and he can buy some clothes miss"  seorang mencelah.

"He is K....K..K...K...Cold miss"

"Ok,listen to me. Are u kind or not if you give your money to people?"

"KIND!" kedua-dua menjawab.

"Thats good. Prince Ali is kind."

Saya menyambung soalan untuk 'brainstorming' mereka lagi.

"Prince Ali has a lot of money. Therefore he is....?"

Seorang diam. dan seorang lagi menjawab ,"then he can buy lots of toys!!!"

(perhatikan jawapannya, adalah dari pengalamannya- banyak duit maka boleh beli permainan yang banyak. Dia TIDAK RELATE kan soalan saya dengan klip yanng telaah ditontoni)

"Not quite right. If you have lots of money are you rich or poor?"

Kedua-dua menjawab "RICH"

Saya carry on brainstorm sebegini untuk beberapa lagi adjective. Namun jika diperhatikan, kedua-dua mereka tidak dapat MENCEDOK apa-apa INFOMASI  atau CLUE dari klips tersebut. Untuk memperolehi infomasi itu, saya harus memberikan pilihan antara DUA ADJECTIVES kepada mereka.

" How do u know the SULTAN is RICH?"

Kedua-kedua menggeleng kepala. Saya memainkan semula klip tersebut dan menunjukkan ISTANA tersebut.

" He lives in BIG PALACE. He is the king,so he must be...."

"RICH!!!!" salah seorang excitedly menjawab. Seorang lagi sudah mula 'FIDGETING'.

"Is the SULTAN kind to ALADDIN ?"

"No, miss. He goes and open the door, and the elephant comes in, and the elephant will eat the people."

Wah..begitu pula imaginasinya. Saya terasa hendak tergelak, tetapi terpaksa menahan.

"Listen to me.if i come to your house, knock on the door, you open the door for me.Is that means you are kind or not?"

"KIND, are you coming to my house miss?" seorang menjawab, waduh,ada pula sambungan jawapannya, tersenyum saya dengan keletah mereka ini.

"My mum will open the door miss",seorang lagi menjawab.

(Berdasarkan pengalaman yang dilalui di rumahnya)

Saya bagaikan tidak tertahan juga hendak ketawa. Gelihati sungguh mendengar jawapan-jawapan 'LURUS' mereka ini. 
SubahanALLAH lihat lah bagaimana pemikiran mereka.

"Do u think the SULTAN is young or old?"

"YOUNG" seorang menjawab.

(Gagal lagi untuk 'decribe' character melalui CLUE yang dipaparkan)

Saya mencelah, " Look at his beard. Normally old people has white beard so the SULTAN is old"

Untuk 10 minit terakhir pengajaran saya cuba untuk describe physical SULTAN dan ALADDIN. Siapa tinggi, siapa rendah, siapa kurus dan siapa 'plum'.

Kesimpulan dari aktiviti dan perbualan yang cuba saya paparkan di atas ini, jelas didapati, kanak-kanak ini tidak dapat membuat gambaran daripada klips yang mereka saksikan, dan senantiasa jawapan-jawapan mereka adalah berdasarkan pengalaman yang mereka lalui.

Character description menggunakan pelbagai ADJECTIVE adalah latihan yang baik untuk mereka dapat menggambarkan apa yang mereka lihat daripada gambar-gambar atau watak -watak di televisyen.Memperbanyakkan character description akan membiasakan mereka menggunakan 'DESCRIPTION WORD' untuk sesuatu objek / NOUN / PRONOUN.

MARI CUBA DENGAN ANAK ANDA :-
Daripada entri ini, apabila anda melihat anak anda gemar melihat sesuatu cerita kartun atau sebagainya, cuba PAUSE tanya mereka SIMPLE soalan berkenaan dengan watak cerita tersebut. Cuba PRINT gambar-gambar yang boleh diperolehi daripada GOOGLE dan sama-sama 'brainstorm'  dengan mereka untuk 'DESCRIBE' watak-watak tersebut dengan menggunakaan pelbagai 'ADJECTIVE' mudah -seperti saiz, warna dan emosi watak tersebut.

Perlu Diingatkan -- anda harus memberikan seberapa banyakk CLUE dan HINT pada mereka, DAN jangan sesekali GIVE UP jika mereka tidak dapat memberikan jawapan terbaik untuk anda. Latihan ini sesuai dilakukan untuk mana-mana peringkat usia, dengan modifikasi-mdifikasi soalan mengikut usia mereka berdasarkan kreativiti anda :)

Jadi.jika anak anda tekun melihat sesuatu cerita, TANYA pada diri ANDA---adakah mereka betul-betul faham JALAN CERITA tersebut-- atau mereka melihat sekadar melihat sahaja?. Jadi latihan yang saya syorkan ini INTERESTING kerana ianya MENGAJAR mereka tanpa mereka sedari,dengan mengambil klips cerita-cerita yang mereka suka ---- SIAPA yang tak nak BELAJAR dengan klips kegemaran BUKAN?:)




You will definitely find  'A WHOLE NEW WORLD with your gifted child :) 
Allah bless them all :)




2 comments:

  1. assalamualaikum dr. Saya Wana dr UPSI. Saya berminat dgn blog dr memandangkan saya mengambil degree dlm pendidikan khas pengkhususan pintar cerdas dn bercadang untuk sambung master di UK atau Australia dlm bidang yg sama. Blog Dr banyak memberikan maklumat dan inspirasi kepada saya. Boleh saya dapatkan email dr agar saya dapat berhubung dgn dr ? Terima kasih atas kesudian dr membaca komen ringkas saya.

    ReplyDelete
  2. salam meiswana :)

    sorry i lambat balas. of course u can email me at askyara1415@gmail.com :)

    ReplyDelete