Saturday 12 January 2013

Rupanya Ini Teknik Nabi..

Seronok pula saya membaca satu blog berinfomatif ini -- Ustazah Siti Khadijah - Teknik Nabi.

Perasaan bercampur baur timbul di dalam fikiran saya apabila membaca blog ini. 

Gembira --- kerana setelah sekian lama teknik sebegini akhirnya di 'JUMPAI' dan diaplikasi justeru disebarkan pada semua masyarakat di Malaysia. 

Sedih --- kerana rupanya teknik pengajaran yang dilakukan di sekolah-sekolah di UK ni, adalah hampir 100% menggunakan Teknik Nabi. terpukul pula pada diri saya, seorang muslim,mengapa mereka yang bukan muslim pula dapat mengaplikasikan pengajaran Nabi, sebelum kita? 

Teknik puji-pujian dan etika komunikasi berhemah di UK, bukan sahaja di pratikkan di sekolah, malah komunikasi berhemah  sudah menjadi  sebahagian dari cara mereka sejak zaman-berzaman. Mereka adalah bangsa yang suka dengan 'puji-memuji' dan tidak suka 'mengaibkan org lain'. 

Semasa saya belajar sejarah darjah 5 dengan Abah saya, bertahun dulu, abah selalu bercerita bahawa, kerana penjajah Inggeris ini, punya 'courtesy' yang baik dan 'public relation' yang tinggi, maka Raja-raja Melayu kita senang 'cair' dan 'lemah' dengan penjajah Inggeris. Cara percakapan mereka merupakan salah satu 'senjata' untuk mereka melemahkan kerajaan melayu ketika itu.

Pada ketika itu, saya tidak faham apa yang abah maksudkan dengan 'courtesy' dan 'PR' yang tinggi. Saya pun bersopan, dan punya komunikasi yang baik dengan ibu bapa dan rakan. Cara itu kah yang abah maksudkan? 

Setelah berada lama di luar negara dan biasa melihat etika percakapan mereka, faham lah saya rupanya cara ini lah yang abah maksudkan..:) Penggunaan teknik pujian yang mereka gunakan sebagai  salah satu senjata' paling berkesan untuk melemahkan kita. Apabila saya memasuki bidang pendidikan di Britain ini, baru lah saya faham semuanya. Dan betul sebagaimana yang abah katakan --- ianya 'senjata' paling mujarab untuk seorang pendidik  dengan anak-anak muridnya. Bila saya menggunakan perkataan senjata, bukan bermaksud saya ingin berperang dengan murid-murid saya, tetapi  teknik nabi ini merupakan 'reverse psychology' yang boleh membentuk keperibadian murid tersebut,InsyaALLAH terhindar daripada kelakuan-kelakuan nakal :)

Teringat saya waktu mula-mula saya masuk ke bidang pendidikan UK. Saya menjadi PART TIME Nursery Nurse di salah sebuah Private Nursery. Ketika itu saya masih di tahun akhir pengajian PhD saya, maka saya hanya bekerja 4 jam setiap hari. Saya menyertai 'carpet time' di mana semua hampir 20 orang kanak-kanak berusia 4-5 tahun duduk mendengar guru menyanyikan lagu-lagu kanak. Semasa aktiviti ini, cikgu tersebut tidak lekang  mengeluarkan perkataan 'Well Done', 'Excellent', 'Brilliant', 'Wonderful' kepada anak-anak ini.Kata-kata itu seperti sudah menjadi normaliti di dalam perkataan hariannya.

Dan apabila ada kanak-kanak yang agak nakal berdiri dan cuba mengganggu kumpulan itu,cikgu itu berkata, 
" Ryan, SWEETHEART, would you like to come infront and join me singing, so all of your friends can sing together with you?"

Kanak-kanak itu menggelengkan kepala. Cikgu menyambung lagi..

" Ryan, could you please do good sitting, so miss can give you extra biscuits during your snack." 

Cikgu tersebut berkata dengan MUKA YANG AMAT MANIS.

Kanak-kanak itu terus duduk, dan menyertai aktiviti itu.

Penggunaan kata-kata 'SWEETHEART' , 'COULD YOU', dan wajah yang sentiasa manis ini, rupanya secara tak lansung ada lah merupakan teknik yang rasulullah gunakan..!! MasyaALLAH. Ketika itu saya tidak tahu, dan saya sangat 'AMAZE' dengan cara guru 'DEALT' dengan situasi-situasi sebegini.

Saya sentiasa mendengar cerita rakan-rakan di UK yang anak mereka gemar bersekolah di UK, kerana sekolah di UK 'banyak bermain' dan guru-gurunya 'BAIK'. Saya selalu mendengar rakan-rakan saya menyebut, guru-guru sekolah sentiasa memeluk anak-anak mereka dan memuji 'You are such a clever girl'. 'You have done absolutely good work'.

Tetapi bila saya sendiri berada di dalam 'setting' itu, menjadi salah seorang tenaga pengajar ketika itu, saya KAGUM, saya AMAT KAGUM dengan cara mereka. Rupanya BANYAK sungguh ILMU di dalam SISTEM PENDIDIKAN mereka yang dapat saya pelajari, walau pun hanya bekerja sebagai Nursery Nurse ketika itu. Sistem pendidikan mereka AMAT FASCINATING!! (Insha ALLAH dalam entri-entri yang lain saya akan ceritakan pengalaman saya di dalam sistem pendidikan mereka :))

Apabila saya mula mengajar di sekolah, saya banyak belajar teknik 'reverse psikologi' yang mereka gunakan. Maksud belajar di sini bukan lah saya dihantar untuk pergi kursus teknik ini atau sebagainya, tetapi melalui pemerhatian. 

Secara logiknya juga, kita sebagai manusia biasa memang suka dipuji, bila kita dipuji kita rasakan, walaupun susah untuk berbuat sesuatu perkara itu, kita sanggup melakukan, kerana akan mendapat pujian. Suka pada PUJIAN adalah LUMRAH MANUSIA. JAdi sama juga lah perasaan ini dengan murid-murid sekolah :)

Scenerio di sekolah ------Ketika beratur di luar kelas selepas waktu rehat, (tiada pengawas di sekolah UK :) tetapi hanya ada school council) , cikgu yang  datang mengambil kelas. Apabila melihat ada yang belum bersedia dan masih bercakap, saya akan kata, 

" Well done Mahmood for doing excellent lining up"

"Well done Christina for knowing what to do in line."

"I am also watching very carefully now to see who elso are doing good lining up so that i could give them Dojo Point."

Serta merta mereka yang asyik bercakap terus diam, dan meletakkan jari di mulut, tanda diam :) Dapat diperhatikan di sini saya memuji mereka yang bersifat positif namum mereka yang berkelakuan negatif akan 'terasa' sendiri dan cepat-cepat membaiki kesilapan mereka.

Scenerio di dalam kelas, ketika saya bertanyakan soalan.

" Who can tell me how many sides does the Decagon has?"

Ramai yang mengangkat tangan. Saya memilih seorang murid yang berada di dalam 'LOW ABILITY' group. 

"Yes, Stephen?"

" 6"

" Not quite right. But its good try though."

Stephen meletak tangan dan tersenyum. 

"Yes,Millie" 

Kanak - kanak itu cuba berfikir pula.

"Millie, are you still thinking? Should i come back to you?"

Millie mengangguk.

"Let see who can help Millie." saya menyambung.

"Yes, Maryam."

"10".

"Excellent Maryam. It 10. Decagon has 10 sides."

Perhatikan penggunaan ayat saya :) 

" Not quite right. But its good try though." 
"are you still thinking? should i come back to you?"  
"Let see who can help?"  
"Excellent"

Semua 'phrase' di atas adalah berbentuk positif.


Bila seseorang murid itu cuba mengangkat tangan, dan memberikan jawapan yang salah, dan guru menjawab " salah!" atau " bukan"...perasaan anak itu akan menjadi takut untuk mengangkat tangan, takut untk meberikan pendapat mereka, takut dengan semuanya. Perkataan "salah" itu walapun ringkas, mempunyai IMPAK yang sangat kuat pada anak-anak. Saya rasa bukan sahaja anak-anak -- tetapi juga pada orang dewasa. 

Dengan kata - kata 'tidak pemutus semangat' -- seperti " not quite right, but GOOD TRY, akan membuatkan anak itu, terus menerus ingin mencuba dan tidak malu. Malah rakan lain juga tidak terasa 'kesalahan' anak itu sesuatu yang melucukan atau sesuatu yang amat berat.




Dengan cara itu --- secara tidak lansung-- CONFIDENT mereka bertambah. Dan ini lah sebabnya, CONFIDENT ini terus bercambah di dalam diri mereka sehingga lah mereka dewasa.

Bukan semua orang putih ini pandai, bukan semua mereka bijak ---- tetapi KITA SERING menganggap mereka bijak kerana YAKIN DIRI mereka tinggi. mereka idak rakut silap dalam mengutarakan pendapat mereka. Maka -- kita nampak mereka -- WAH !! CLEVER...

Ketika memberikan TASK menulis diari yang diberikan kepada dua orang anak-anak autisma yang kurang berupaya menulis karangan.

" I love the way Jason start his work. He remember what i have taught."

Saya memuji, walaupun Jason hanya menulis dua patah perkataan iaitu "Dear Diary". Saya tahu sukar juga untuk dia mengingat cara menulis diari, jadi sekurang-kurangnya jika dia tahu permulaannya, dia patut diberi pujian.

Rehan, melihat ke arah Jason. Dia belum mula apa-apa.

"Rehan, why dont you try your best to remember what had happened to Mary seacole.look at the picture"

" I dont know what to do Miss."

"Rehan, i know you can do this.You are very hard working. I like hard orking children. What should we start our diary with?"

Rehan mula menulis dear diary.

Saya sedar sekarang ini, KEYAKINAN diri perlu dipupuk di SEKOLAH. Semuanya harus bermula di sekolah. Kita sering menyalah tafsirkan jika murid itu punya KEYAKINAN DIRI yang TINGGI , dia akan mula bersikap KURANG AJAR ----- saya rasa ini boleh dibendung dengan adanya ajaran agama dan nila kemurnian. Kombinasi ini semua boleh menghasilkan seorang individu yang lebih mantap daripada orang-orang putih ini.

Kerana di sekolah saya lebih banyak mengajar anak-anak 'istimewa' yang majoritinya adalah 'autisme' maka cara dan teknik ini, sememangnya berkesan. Beserta dengan kesabaran yang tinggi, perkataan "WELL DONE", "GOOD JOB" perlu mejadi nornaliti dalam kamus saya sebagai guru.

Satu ketika dulu,Ilyas, anak autisma di sekolah gemar melarikan diri dari kelas ke bilik computer. Dia juga suka belari-lari di corridor. Dia jarang berjalan biasa. Saya mula mengajar Ilyas ketika dia berusia 5 tahun. Ketika itu, Ilyas sedang berada di dalam 'PEAK of his BEHAVIOUR'. 

Sewatu saya mula datang ke kelas Ilyas, gurunya berkata sambil bergurau, " I assume after this you have to wear flat shoe if you wnat to work with Ilyas.". Saya hanya tersenyum.

Tetapi saya tidak menukar kasut saya -- saya tidak menukar cara pemakaian saya -- saya masih memakai 'HIGH HEELS'. Kenapa? kerana apabila saya menukar kasut FLAT, kecenderungan saya untuk mengejar Ilyas akan menjadi tinggi :) Dan saya tidak mahu mengejar Ilyas, saya mahu Ilyas tahu yang berlari disekolah itu salah.

"Ilyas, try to move slowly."

Ilyas masih berlari. Saya tidak menggunakan perkatan "DONT RUN"..kerana itu adalah arahan negatif. Saya cuba mengaplikasikan POSITIVE traits di dalam perkataan saya.

"Ilyas, WALK." 
" Ilyas, good ry today, for not running." 
"Ilyas, lets try and do CAT walk" 
"Ilyas lets try and do mouse walk" 
"If you are outside, you can do HORSE RUN"

Di dalam masa 2 bulan, kombinasi cara 'arahan' saya dan 'BEHAVIOUR PLAN'  (akan saya ceritakan di dalam entru yang akan datang, InshaALLAH) yang baik, Ilyas sudah BERJALAN di sekolah. 

Dalam 'arahan' saya juga menggunakan perkataan ' CAT WALK'  'MOUSE WALK'  'HORSE RUN' agar kanak-kanak ini dapat menggambarkan apa yang saya cuba sampaikan.

Sekarang Ilyas sudah 8 tahun. Dia tidak lagi berlari dari bilik darjahnya, dia tidak lagi berlari di corridor, dia tidak lagi berlari di tempat yang tidak sepatutnya.

Apabila mengajar kanak-kanak istimewa ini sesuatu perkara-- perkara paling penting adalah untuk mereka mencintai apa yg meeka pelajari, dan mempunyai yakin diri yang mereka boleh melakukannya. Apabila kita menggunakan 'kata-kata pujian' secara tidak lansung semangat mereka untuk mencuba sesuatu pelajaran akan lebih baik.

Dalam video yang saya 'attach' kan ini adalah salah satu contoh bagaimana guru di sekolah UK mengajar satu subjek. 



1.Perhatikan guru tersebut, menggunakan  'Excellent' dan 'Well done', apabila muridnya memberikan pendapat. 

2.Dan apabila mereka bangun untuk membuat aktiviti 'lakonan' pada minit 2.33 guru tersebut mengatakan "That is lovely. Well Done, that is really quick",

3. Minit 2.39, cikgu itu sekali lagi memuji mereka kerana berjaya form the circle dengan mengatakan "I love how polite you've been with each other.Well done.Saying excuse me so that you will fit in.

4. Minit 3.29 -- bila guru tersebut melihat kedua kanak2 yg meng 'volunteer' untuk melakonkan watak tersebut agak kaku, dia berkata " Okay, should we have somebody else to try,looks like you're frozen because you are so scared then"

5. Minit 3.46 --"I love how James is crouching down."

6. Minit 3.50 --"Excellent! I love how they turn around....well done!"

7. Minit 4.33 --  "Thats was super. Well done!"

8. Minit 4.46 -- "Can you please turn to the board?".. Apabila murid melakukannya "Thats perfect..."

Lihatlah dalam masa 5 minut berapa banyak kata-kata pujian yang telah di berikan. Ini bukan lah suatu lakonan. Keadaan ini memang berlaku di sekolah-sekolah UK. Mungkin kerana bangsa mereka suka 'memuji' seperti yang saya sebut sebelum ini, tetapi secara tidak lansung mereka menggunakan teknik Rasulullah saw. Saya amat berharap dalam masa 10 tahun lagi, dengan terdedahnya kita pada Teknik Rasulullah ini, etika pengajaran di sekolah akan berubah ke arah yang lebih baik. Insha ALLAH.


"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."
(Surah [33] AL AHZAB : Ayat 21)








14 comments:

  1. This is very true. My first experience with the education system in England was in 1983 - I was 16 then. Such experience has influenced my way of teaching. Will remember to include more praises & encouragement with my students. Especially since this year I will be teaching Form 1 students (13-year-olds) From Jan till end of May we are ONLY doing oral activities with the students to develop their speaking skills & get them to feel comfortable with the language. This would be a perfect start for these students to experience Rasulullah teaching techniques

    ReplyDelete
  2. Dan teknik nabi memuji bukan orgnya tetapi hasil kerjanya ianya adalah untuk menaikkan dan memotivasikan diri si pembuat dan menjadir dorongan org sekelilingnya juga, tujuan tidak memuji tuan punya badan adalah utk mengelakkan perasaan ujub takbur dan riak, bila dipuji hasil kerja nya dan tambah dorongan ianya akan membantu org itu utk terus bermotivasi melakukan kebaikkan yg telah dilakukan oleh nya, :) mari kita rakyat Malaysia amalkan teknik Nabi!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah! Terima kasih!

    ReplyDelete
  4. Saya terpanggil utk datang kesini, sebenarnya itu yang menyebabkan mereka maju juga kerana berbagai teknik yang telah diaplikasikan oleh mereka berdasarkan ajaran islam.
    Mari kita sebar luas ilmu ini di Malaysia juga. Nice blog :)

    ReplyDelete
  5. thanks all for the comment. insyaALLAH ilmu ini terus tersebar :)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum and hye.. Loved this entry. Mind if I share my personal experience too? Well, My family and I lived in England back in 1995 for about 2 years. From what I can recall, a loooong time ago when I was probably 5-6 years old, this is exactly how they taught us during pre-school. It's more of like fun and games with inputs everyday. I still remember my teacher taking turns putting me and other children to sit on her lap during storytelling sessions everyday. Everyday of the week seems very enjoyable. For instances, today we'll be learning how to bake cookies and tomorrow how to act and do some role playing games. Because I wasn't quite fluent with the English language at first, they took and allocate special times to teach me on how to speak and construct words in English. I still remember how they praised me if I got something right and taught me so patiently. It's just a short moment before coming back from school conversing in English amongst ourselves in our daily lives at home. And my mom always said to us (me and my siblings) that we talked like we were English, with the accents and all. hehe.. But what fascinates me is the feeling that I get while learning things there. I never felt discouraged, always put my hand up in volunteer and never felt scared or timid during class. The way the teachers talked to us was so soft, they never raise their voices or even threaten us if we did something wrong. But after returning here in Malaysia, I was enrolled into the government primary school and often find myself missing the learning experience back in UK. Things were totally different here. The rules are strict, it was a bit formal even for younger standards and everyday seems to be not enjoyable and somewhat a burden going to school. And you often have this anxiety of going to school to that environment. Maybe it's how it's done in Malaysia or our way of educating children. But I wouldn't say it's a bad thing, because it probably works or worked. Well it's just different...But especially for us muslims, learn on how they do it, not because their English, but as you said, it's how our prophet pbuh did it.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum =)
    terima kasih atas perkongsian yang sangat menarik dan bermanfaat ini.
    Insyaallah, saya akan memperbaiki cara saya dalam mendidik anak bangsa .

    ReplyDelete
  8. 👍👍 love this entry. Indeed. Same here in Norway.

    ReplyDelete
  9. Sangat menarik..Izinkan saya kongsi.bersama sama.. Terima kasih

    ReplyDelete
  10. I have a difficult child... a school refusal case. She is totally different than her 2 other sisters. I had to move her to another school becaz' "she was disrupting the class," said her class teacher. ""For students who didn't attend school for 52 days (that was in May), I suggest you should move her to another school," said the headmistress of her old school. Imagine having those comments from a Cluster shcool personnels in Bangi. I decided to send her to another school, that is not a smart or cluster school. She started going to school one day in a week and increased to 2 days and 3 days... but it is an improvement. TEachers at her new school, a normal daily school praised her for coming. A lot of words of encouragement. Some schools in Malaysia have done this technique and it works. Thanks and kudos to teachers and administration staffs of SK Jalan Enam, Bangi.

    ReplyDelete
  11. Saya sgt suka dgn teknik ini dan ikutnya dlm ilmu serta teori pendidikan memang ada semua ni.cuma praktik atau tidak sahaja. Saya cenderung mempraktikkan kerana sy jg diajar oleh guru2 hebat yg aplikasikan teknik ini. Namun, sdkt kecewa krn kebanyakkan pendidik skrg kurang mempraktikkan terutama dalam kelas galus atau kepada pelajar sederhana dan lemah. Pujian pada guru yg masih mengamalkn teknik ini!!!tahniah tahniah tahniah. Didiklah dalam kelembutan,tegas dan hikmah.

    ReplyDelete
  12. Hye...Assalam and a very good morning to you. This is a really nice article, an eye opener and refresher for me. I had the similar experience growing up in the Netherlands. I spent 3 years there when my dad got transfered to the HQ in Netherlands and he took the whole lot of us along.
    The Dutch also implemented this method (though not all) and from what I can recall from so long ago, yes, this method is really effective to foster learning and understanding.
    It was somewhat a cultural shock for me upon coming back to Malaysia to continue with my secondary school years, as the system here appeared quite rigid and the teachers appear to be having PMSes each and everyday...ha ha!
    Now that I'm an educator myself, I tried my best to implement this method little by little with my current students. I must admit it has been an uphill battle right from the start, trying to make a 360 degree change from what is perceived as the norm. It was rather challenging in the beginning since the students have been so accustomed with having their teachers scream their lungs out at them, and they were so ruly and even attempted to test the waters trying to piss me off. Nevertheless, Alhamdulillah...with preserverance, I can safely say that my students have shown significant improvement in their studies (my subject especially) and I plan on continuing this to see how far we can change our mindset and our methods, and adapt the teachings of Rasulullah in our daily lives.

    ReplyDelete