Thursday 12 December 2013

Bertaut kembali...

Salam

Waduh hampir setahun, blog ini menyepi diri, diam berselimut.


Gara-gara keadaan kesihatan yang sangat tidak memuaskan sewaktu mengandungkan anak kedua saya, maka emosi pun agak kurang ceria  untuk menulis blog. Bukan blog sahaja yang saya 'beku' kan, malah ketika mengandung, 'facebook', dan segala bagai medium perantara alam maya saya hindari.


Orang tua-tua kata 'pembawakkan budak'..oh baby saya kurang suka ber'sosial' agaknya :)


Alhamdulillah, sekarang saya telah pun melahirkan puteri kedua, September lalu. Dan sekarang saya berada di dalam 'Maternity Leave'. Cuti bersalin di UK ni amat lama tempohnya --- 1 tahun. Para ibu boleh masuk semula bekerja selepas 9 bulan-12 bulan. Saya memilih setahun, InsyaALLAH. Boleh berada lama bersama sang puteri kecik :)


Dalam masa terluang ni (jika ada lah), InsyaALLAh saya akan mula menulis lagi beberapa cerita, pengalaman mengajar kanak-kanak autisme di sekolah United Kingdom ini :) Moga-moga dapat dikongsi bersama dan dapat mungkin sama-sama dipraktikkan juga di negara kita :)


Really glad to be back :)




No comments:

Post a Comment